PENGENALAN
- Adat sebagai sumber rujukan hukum (al- ‘adah muhakkamah) adalah merupakan kaedah fiqh asas yang kelima daripada kaedah fiqhiyyah yang asas atau utama yang mana ia juga disebut sebagai “kaedah kubra” .
- Kaedah ini amat signifikan dalam proses penetapan hukum dalam kehidupan manusia yang bersumberkan kepada uruf dan adat. Aplikasi kaedah ini adalah cukup meluas oleh ulama dalam pelbagai isu fiqhiyyah seperti tradisi, muamalat dan penghakiman.
PENGERTIAN
- Adat ialah kebiasaan, resam, lembaga, peraturan dan hukum.
- Adat yang diiktiraf oleh syariat Islam boleh diterima sebagai salah satu sumber hukum.
- Tradisi atau budaya yang baik dan menjadi sebahagian daripada kehidupan masyarakat Islam adalah wajar diterima pakai atau diteruskan.
- Islam merupakan agama yang mudah lagi menyenangkan dan meraikan apa sahaja yang memberi manfaat dan keselesaan untuk manusia. Justeru, Islam menghargai adat resam yang baik bagi umat Islam yang terdiri daripada berbilang kaum, bangsa dan negara di seluruh dunia. Ini adalah kerana islam melihat perbezaan adat adalah suatu perkara yang wajar diraikan demi kebahagiaan dan kebaikan umatnya.
CONTOH APLIKASI KAEDAH
Adat penentu kadar mahar (mas kahwin)
- Islam tidak membataskan mahar kepada harta tertentu atau jumlah tertentu
- Semua urusan mahar diserahkan kepada masyarakat untuk menentukannya.
Adat tradisi mereka
- Berdasarkan kepada aspek kemampuan dan persetujuan antara dua pihak seperti yang digariskan dalam agama islam.
Adat pemberian hantaran perkahwinan (hadiah perkahwinan)
- Diharuskan sekiranya menjadi amalan tradisi dalam perkahwinan sesuatu bangsa.
- Tidak boleh membebankan mana-mana pihak kerana sudah melanggar syariat
Adat pemakaian
- Memakai baju tradisional semasa perayaan mengikut bangsa masing-masing.
Adat main kutu
- Di dalam amalan ini, satu kumpulan dibentuk dan diketuai oleh seorang.
- Setiap bulan, semua ahli akan menyumbang wang mengikut jumlah yang telah dipersetujui
- Satu undian akan dibuat untuk menentukan giliran siapa yang mendapat wang terkumpul tersebut.
- Amalan ini bertujuan untuk saling membantu antara satu sama lain bagi mengatasi masalah kewangan.
Sistem pawah (pawah haiwan atau tanah)
- Satu bentuk upah yang telah disetujui dan dicapai oleh pihak pengusaha dan pemilik modal
- Dalam sistem ini, para pengusaha mengusahakantanah dan ternakan milik orang lain (pemilik modal) dan mereka diberikan bayaran dalam bentuk upah
SYARAT-SYARAT BERAMAL DENGAN ADAT
- Dalam menjadikan adat sebagai rujukan hukum, ada beberapa syarat yang perlu dipatuhi yang tidak melanggar apa-apa hukum syarak. Dengan itu, adat dapat diselarikan dengan zaman yang semakin maju berkembang ini dalam kalangan masyarakat sekaligus tidak melanggar hukum syarak.
- Syarat yang pertama adalah adat itu mestilah tidak berlawan dengan syarak. Contohnya seperti adat membuat urusniaga diatas talian. Adat ini telah berkembang selari dengan kewujudan internet yang semakin berkembang di zaman ini. Pembeli dan penjual tidak bersua muka ketika melakukan urusniaga. Tidak dinafikan kaedah ini asal bertentangan nas syarak, yakni tidak boleh berurus niaga dengan benda yang tidak ada dihadapan mata tetapi ulama telah menerimanya atas kaedah maslahat dan telah dijadikan amalan biasa dalam masyarakat, oleh itu ia tidak berlawanan dengan semua aspek hukum. Namun begitu, sesuatu perniagaan yang bertentangan dengan hukum dan syarak seperti perniagaan yang berlandaskan riba adalah haram sama sekali seperti yang telah Allah firman didalam Al-quran.
- Yang kedua pula adalah adat yang diterima harus itu hendaklah diamalkan oleh individu dalam masyarakat secara menyeluruh dan meluas. Bahkan, jika ada yang tidak mengamalkannya, jumlahnya amat sedikit. Contoh amalan ini ialah adat menunaikan solat Tarawih yang diadakan secara berjemaah. Sedangkan pada hakikatnya, solat Tarawih tidak semestinya diadakan secara berjamaah. Bahkan sebenarnya, elok ditunaikan di rumah secara berseorangan atau bersama ahli keluarga. Di Malaysia ini, apabila disebut saja solat Tarawih mesti dilakukan secara beramai-ramai di surau ataupun masjid dan yang tidak melakukannya dianggap tidak membuat Tarawih bahkan dia membuatnya di rumah. Begitulah gambaran besarnya pengaruh adat dalam masyarakat.
- Umum diketahui, masyarakat Melayu dulu beragama Hindu dan mengamalkan adat tertentu. Dalam situasi ini, mana-mana adat diamalkan sesuai dan selari dengan matlamat dan prinsip Islam, ia diteruskan sebagai satu adat yang diterima. Sebagai contohnya, adat bersanding dan menepung tawar pengantin.
- Mana-mana adat yang sahih wajib diberi perhatian dalam perundangan dan kehakiman dalam proses menentukan hukum. Hakim juga perlu mengambil kira adat dalam menentukan keputusan penghakiman. Ini kerana sesuatu adat telah menjadi sebahagian keperluan dan kepentingan masyarakat.
- Adat berdoa diketuai imam diamalkan masyarakat Melayu ada keperluannya. Biasanya jika doa tidak diketuai imam, maka tidaklah banyak orang melakukannya. Jadi, untuk membiasakan amalan berdoa, maka adatnya ia diketuai oleh seeorang.
- Manakala adat batal mesti ditolak. Contohnya adat mandi tolak bala pada bulan Safar. Amalan itu tidak termasuk bab darurat atau maslahat untuk terus mengharuskannya. Masyarakat tidak pincang jika adat itu tidak diteruskan. Ataupun adat menangguhkan pengembumian jenazah kerana perlu diadakan bedah siasat dikira sebahagian daripada darurat yang mengharuskan perkara dilarang.
Disediakan untuk : Puan Shahrizah binti Husin
Disediakan oleh :
đź’– Nurfarisha Aqila binti Hj Mohd Johan (14DEV20F2023)
đź’–Azatul Tasnim Izzati binti Osman (14DEV20F2025)
đź’–Norsyahinda Arianna binti Sapudin (14DEV20F2029)